Biologi Ikan Toman

Anak ikan toman berwarna merah dengan jalur-jalur lateral jingga hitam yang muncul sekitar umur dua bulan. Makin dewasa si ikan toman, makin hilanglah jalur dan kemerahan yang diganti dengan corak putih dan hitam kebiruan di separuh atas. Ia boleh tumbuh mencapai kepanjangan 1.5 m (4.9 ka) dan berat 20 kg (44 lb).[2]

Anak ikan toman berukuran dua sentimeter. Warna merahnya ketika kecil mendatangkan nama gelaran red snakehead. Selepas Bleeker, 1878; ikan toman remaja. USGS 2004[4]Ikan toman remaja.

Spesies ini mempu merangkak ke atas darat dan bernafas udara, tetapi hanya di kawasan berlumpur atau paya. Ia mampu bernafas udara dengan menggunakan paru-paru primitif yang terletak terus di belakang insang yang membolehkan ia hidup di dalam air mati yang kekurangan oksigen dengan naik ke permukaan dan menyedut sedikit udara. Ciri-ciri ini juga membolehkan ikan toman untuk berjalan singkat di atas daratan, tetapi tidak boleh memburu kerana ia tidak dapat menampung diri dengan sirip yang kecil berbanding badannya yang besar.

Rujukan

WikiPedia: Ikan Toman http://fisc.er.usgs.gov/Snakehead_circ_1251/html/c... http://belum.com.my/fishing/ http://www.boldsystems.org/index.php/TaxBrowser_Ta... //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2012-1.RLTS.T172432A13... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=106... http://www.snakeheads.org https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://nas.er.usgs.gov/news/news_item.asp?NewsID=... https://nas.er.usgs.gov/queries/FactSheet.aspx?Spe...